Banana Talk

November 22, 2006

the hero that we missed

by kah-yoong

i’ll probably go to jail for this. but then again maybe not, because i’m not the author of this article that i’m going to post.

===== taken some where else ====

Kepimpinan Tun Dr Mahathir dan Pak Lah: Satu Perbandingan
(Seperti yang dicerita dan dinilaikan oleh ‘Orang Dalam’)
Oleh: Keris Merah

1. Semasa Jadi TPM

Tun Dr Mahathir
Sudah
merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri
nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM,
sebagai menghormati bosnya .
MARKAH: 7/10

Pak Lah
Disebabkan
terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar
ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu ‘low profile’
sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai
mengenai keupayaannya mengambil alih pucuk pimpinan nanti.

MARKAH: 3/10

2. Sejurus Selepas Jadi PM

Tun Dr Mahathir
Terus
melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti
menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam
waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan
Melalui Teladan dan sebagainya.
MARKAH:10/10

Pak Lah
Disebabkan
ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat
melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti
‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ yang mencetuskan tafsiran-tafsiran
rambang dan umum.
MARKAH:3/10

3. Pembangunan Islam

Tun Dr Mahathir
Di
awal penerajuannya, Tun Dr Mahathir memperkenalkan ‘Penerapan
Nilai-Nilai Islam’ yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi.
Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau
berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah
seorang ‘fundamentalist’. Namun Bank Islam, Universiti Islam
Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui
Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.
MARKAH: 8/10

Pak Lah
Pak
Lah tiba-tiba berani memperkenalkan ‘Islam Hadhari’ yang amat
kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup
dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang
gambarnya dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang
sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan
lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru
berpindah kementerian dan menjadi TPM!).

MARKAH: 4/10

4. Menghadapi Aduan

Tun Dr Mahathir
Tun
Dr Mahathir biasanya mendengar aduan dari orang-orang politik atau
perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau
komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak
berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan
telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan .

MARKAH: 9/10

Pak Lah
Pak
Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang
si pengadu. Beliau sering memberi komen, “Macam mana boleh jadi macam
ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar’
dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah
separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan
tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu
‘political public relations’. Itu sahaja.

MARKAH: 2/10

5. Menghadapi Cadangan Perniagaan

Tun Dr Mahathir
Meneliti
cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala
fakta-fakta penting dan menandakan muka surat–muka surat yang
berkaitan. Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut
akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU
mengatakan ‘Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang
untuk melaksanakannya’, Tun Dr Mahathir mengarahkan EPU untuk ‘cari
wang’. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat
perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai
saluran kewangan kerajaan. Tun Dr Mahathir mahu cadangan itu
dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim
dilakukannya.
MARKAH: 10/10

Pak Lah
Ramai yang tidak tahu
apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya.
Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab ‘Cadangan ini baik,
tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya’. Pak Lah
akan jawab balik, “Tak ada wang tak payah buat”. Maka cadangan
berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening
kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu
pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah
jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku
ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan
kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris,
“Gone with the wind”.
MARKAH: 2/10

6. Pengurusan Waktu

Tun Dr Mahathir
Tun
Dr Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau
selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia
tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia
terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat
temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima
belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu
dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar
di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausahanya
sementara menunggu giliran.

MARKAH: 10 / 10

Pak Lah
Pak
Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus
waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau
dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan
lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli
kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi
orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga
6 jam di pejabatnya!

Masalah ini memberi kesan besar kepada
pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat
keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu
dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat pos
kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau. Fikirlah apa
jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca
dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara
tergesa-gesa itu.
MARKAH: 2/10

7.Memenuhi Jemputan Majlis

Tun Dr Mahathir
Apabila
menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Tun Dr Mahathir akan
segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka
dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka
awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur
mencari ganti.

MARKAH: 10/10

Pak Lah
Pak Lah
sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan
sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program,
menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan
tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila
kena cari penggantinya.

Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah
janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta
wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang
telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri.
Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang ‘alim’ yang
memandang ringan dengan janji-janjinya.

MARKAH: 2/10
8. Membuat Keputusan

Tun Dr Mahathir
Tun
Dr Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya.
Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus
juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari
silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor,
sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat
atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik
mungkin .

MARKAH: 7/10

Pak Lah
Pak Lah nampaknya tidak
begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak
popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung
untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan
mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui
seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek
Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam
mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti
akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!
MARKAH: 2/10

9. Menghadapi Wawancara Media

Tun Dr Mahathir
Apabila
Tun Dr Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan
‘favourite’ penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat.
Seperti kata Inggeris ‘he says what he means and he means what he
says’. Noktah.

MARKAH: 9/10
Pak Lah
Pak Lah pula bila
diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa
berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambil alih Avenue Capital
Resource, beliau pernah menjawab ‘Saya tidak tahu, saya tak terlibat’.
Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah
mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara.
Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang
diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato’ Annuar Zaini
boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.
MARKAH: 1/10

10. Campur tangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik

Tun Dr Mahathir
Walaupun
pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi
keputusan-keputusan Tun Dr Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada
pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh
dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran
negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan
bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Tun
Dr Mahathir akan menghalangnya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa
dia memegang jawatan Presiden Parti.
MARKAH: 7/10

Pak Lah
Campur
tangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta
dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah
menafikannya, tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya
lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri
Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil
manipulasi Khairy.

MARKAH: 1/10

KEPUTUSAN:
Tun Dr Mahathir: 87/100 (87%) - Cemerlang
Pak Lah: 22/100 (22%) - Gagal

Penutup
Kesemua
di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis
mengenai Tun Dr Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan
kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian
bebas oleh sekumpulan pemerhati.

Tun Dr Mahathir menunggu lebih
dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan
hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak
diambil hirau oleh penggantinya. Beliau menunggu dua tahun kerana
beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Tun Dr Mahathir tidak akan
bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang
lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri
mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.
Perbandingan
ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Tun Dr Mahathir ke
tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya
pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan
tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah
kecemerlangan.

==== end of article ====
Yes, i deeply missed Tun M not only because our economy was moving forward, but also racial slur weren’t that predominant during his rule. With loose cannon like Khairy around, God know what’s going to happen next.

Filed under Online Stuff at 1:57 am and


One Response to “the hero that we missed”

  1.   Waileng Says:

    Oh! And not to forget the former KTM gate keeper who owns Istana Idaman!I wonder how many KTM gate keepers are plotting their “future” of owning castles right now??

Leave a Reply